CHAK IS MY NICKNAME

CHAK IS MY NICKNAME
I'm not afraid of growing slowly, yet i'm afraid only of standing still

28 Jun 2011

Mari Kecek Kelate (MKK)

Assalamualaikum adik2, kakak2, abe2 sekalian ….

Sebelum gapo2 hal, biar sy pkenal dulu pasal diri sy. Namo penuh sy Maya Habibah Jibeng. Tapi  ore beso panggil Bibah Gege(BG)*Big Girl..haha:p. Jadi Kak Bibah ni sbenanyo di ajok oleh Tikah utk join venture utk samo2 memeriahkan blog dio ni*siap sain kontrak krjasama selamo 4 taun ag:p. Oleh sebab Kak Bibah duk skampong nga dio, jadi kenal lamo doh la mugo duk gi mari, gi mari depe umoh sokmo. Sebab tu Kak Bibah stuju.

 Kak Bibah ni tengoh ngaji lagi, amik kos pengajian Bahaso Kelate kat USM (Universiti Selok ‘Mace). Kalu ore Kelate beso la dgr tpt tu. Oleh kerano tu, Tikah mntok tolong nga Kak Bibah suruh cito la gapo2 hok ado pekdoh, kongsi nga ore serbo cikit , bele2 buleh wat ngepen loghat Kelate:D

Oleh kerano ni first time kito jupo, Kak Bibah xsei la kecek banyok. Kito stat nga hok reknge dlu lah:). Mulo2 Kak Bibah nok oyak, koho ramai ore buke Kelate suko kecek Kelate loni.  Tok kure jgok hok suko dengar walaupun pehe nga dok samo teloh. Tapi xpo, tu menunjukkei dialek Kelate ni sohor la jgok. Kak Bibah pon jupo ramai doh ore luar hok nk blaja kecek Kelate. Sebagai rkyat jati Kelate, Kak Bibah banggo ore buleh trimo loghat Kelate*kembe idung neh:p. Demo oyak dialek Kelate ni unik. Suko pok2 dio nok blaja.

Jadi, bagi ore2 Kelate, hok mano ado saen2 mtok ajar kecek Kelate tu, ajar la molek. Jange duk bui kosakato hok ngarut2 plok. Kak Bibah x suko. Buke gapo,takut kito ajar hok pelik2, keno ko kito balik. Jange la jadi gitu deh. Kak Bibah mtok sgt2:)

Rasonyo stakat ni dlu lah Kak Bibah  blebe. Kalu ado umur, ado rezeki, kito jupo pulok laen kali deh..Akhir sekali, Kak Bibah nk ucap 'Salam Prkenale' kpd anda sumo=)

Wassalam,
Kak Bibah Gege









p/s: sapo2 hok beraso kerut dahi xpehe dan perlu translation, silo click comment. Pahtu  oyak part mano hok xjelas. Maaf la deh, Google Translate pon xrok nok tolong:D...Luahan hati anda akan dilayan dengan sebaik mungkin. Terima kasih:)

27 Jun 2011

i'm going over an issue, then i finally end up with this thing:

Rumah Saya
*dh macam karangan budak standard 3 je:D

      
Rumah saya kat Kelantan..Jauh tau dr tempat sy belajar. Kalau saya nak balik bile time cuti, paling2 kurang 7 jam jugak la pjalanan kalau naik bas. Sebab tu sy jarang2 balik rumah. Sedih jugak la bile tgk housemates sume boleh balik rumah sesuka hati, lepas tu tinggal saya sorang2 kat kolej. Tapi nak buat macam mane kan, dah masing2 ada rumah, jadi diorang balik la.

Rumah saya 2 tingkat,satu tingkat atas, satu tingkat bawah*mcm xperlu mention jer. Rumah tu rumah papan. Mak saya selalu cerita pasal rumah tu, tapi saya selalu lupa, terutama umur dia. Tapi yang saya pasti ia lebih dri usia saya. Saya dilahirkan di rumah tu la* pernah jumpa Pn Nurse yg sambut saya dulu skali:D. Rumah tu ada 5 bilik,1 dapur, dan 1 blik air untuk dikongsi bersama lebih kurang 12 org kaum keluarga*wktu paling jem time cuti raya ar:p.

Sejujurnya la kan, keadaan rumah tu dah tak berapa elok. Secara mudahnya saya simpulkan, rumah tu memang nyaman sebab ada banyak lubang angin, Bukan setakat pintu dan tingkap, tapi ditambah dgn lubang2 kat dinding dan juga atap zink. Cakap pasal atap zink, ada beberapa kali trjadi kes atap zink rumah saya terkopak teruk lepas dpukul ribut yang boleh tahan dasyatnya. Walau ape pon, saya masih bersyukur sebab paling tidak saya ada rumah yang jadi tempat kami sekeluarga berteduh.*sayang oo ngn rumah tu:)

Rumah tu juga boleh di considered sbagai rumah kedai sebab kami ada kedai runcit. Kedai tu hasil titik peluh arwah Ayah. Dengan bisness kedai tu lah arwah besarkan 9 anak dia . Sejak arwah Ayah sakit sehingga lah lepas dia pergi, Mak yang teruskan bisness dan juga memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Alhamdulillah, kedai runcit tu masih bertahan dan masih menjadi periuk nasi kami sekeluarga sampai skarang.

Betul la bak kata omputeh, "Home Sweet Home". Kat mana pon kita pergi, mesti ingat rumah. Makin jauh dari rumah, btambah2 lah rindu nak balik    kan??. Rumah adalah segalanya. Kenangan, kasih sayang, tanggungjawab, dan pertalian kekeluargaan.  Semua dibancuh sekali dan akhirnya menambah perisa dalam hidup kita:D



damai rumah kampung





24 Jun 2011

see imperfect things perfectly

I guess everyone realizes  that nobody's perfect. but I believes there are people outside who are willing to throw the thing up to the hill just because it's not perfect as what they wish for. I perceives that situation as they're giving up on an incomplete puzzle when the tiny little missing part is beyond their sight. Thus, they consider the puzzle not more than a piece of junk since since it does't appear as what was portrayed on the puzzle's box.

That's a bit harsh, rite?. But I'm pretty sure it does happened in our life, at least once. What makes thing different is just whether we are the poor guiltless puzzles or the one who dare to left those puzzles behind .Or can we be both, sometimes?
Well, we can be demanding if we are reflecting  for our own sake but, don't be greedy, okay. As the matter of fact, what's good for others is not necessarily also best fit to us....

Yeah, we'll be happy if every single thing in our life is just perfect. But, you know what, it'll be more gleeful once we've decide to look deeper beyond the imperfection. Only then, we would be able to see all the fate and destiny(Qadar) that Allah SWT wrote down on each of us. And remember,we may have some certain choice and decision, but it is Allah SWT  that holding the real key of the outcomes.


Surah Al-Hadid (The Chapter of Iron) verse 22 states:
“No calamity befalls on the earth or in yourselves but it is inscribed in the Book of Decrees (Al Lawh Al Mahfooz) before We bring it into existence. Verily, that is easy for Allah.”
''Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.''

16 Jun 2011

Antara Aku, kunang-kunang dan kelkatu..

Aku mungkin tak kisah kalau menjadi kelkatu..Ya, ak tidak akan secantik mana seperti kunang-kunang yang mampu menerbitkan sendiri cahaya dari badannya. Tapi kalau difikirkan, cantik pun buat apa, sebab hidup pun bukannya lama kat atas muka bumi ini. Kalau setakat nak meraih pujian dari manusia atas kecantikan yang dimiliki, kita bukannya dapat apa-apa pun kan, malah boleh menimbulkan riak, lagi dapat dosa. Nak jadi macam tu??.  Ada pula yang berfikiran macam ni, ”Tak salah kalau kita memuji keindahan ciptaan Tuhan”. Aku tidak mahu menidakkan perkara tu, namun sejujur dan seeloknya, adalah kita tepuk dada,tanya iman. Adakah dengan melafazkan pujian-pujian  itu dapat  mengingatkan kita kepada Allah SWT?. Nah, sekarang tanya iman masing-masing:)

Lagi satu sebab aku mungkin juga tak kisah kalau aku menjadi kelkatu. Kerana  dalam hidup aku nanti, aku akan hanya mencari cahaya. Dimana ada cahaya di situ aku akan tuju. Dengan adanya cahaya tu, aku tahu aku tidak akan sesat kerana aku tahu cahaya itu benar, yang membantu aku melihat alam ini. Aku tidak perlu menjadi kunang-kunang  yang bersepahan dalam gelap. Ia  hanya dapat dilihat apabila memancarkan cahaya dari badannya. Bagi aku, tidak perlu kita nak tonjolkan semua yang kita ada hanya kerana secebis perhatian. Cukuplah dengan berpegang kepada istilah ’’Tak apa, ak tahu Allah SWT lebih tahu’’.


adat kelkatu mencari cahaya


*kita renung- renungkan bersama:)