CHAK IS MY NICKNAME

CHAK IS MY NICKNAME
I'm not afraid of growing slowly, yet i'm afraid only of standing still

10 Jul 2011

kisah Dia, Alam dan Malam

        Suatu malam, ada seorang hamba Allah merasakan  kesunyian yang mendalam. Malamnya terganggu, jadi dia  keluar dari kamarnya lantas menuju laman rumahnya. Dia bersendirian dan rasanya itulah yang telah menghadirkan kesunyian buatnya. Dia duduk di atas satu tunggul kayu  yang berada di bawah pokok ketapang yang rendang dahannya sehinggakan dia bagai mampu mendengar  gemersik daun daunnya berlaga setiap kali angin datang.

Dia mendongak ke langit, ada bulan penuh di situ. Terang cahayanya menyimbah alam lalu menyuluh malam , maka  dia dapat melihat jelas pokok padi di bendang di sekeliling rumahnya. Ia yang masih hijau belum berbuah sedang meliuk lentok tarinya tatkala dipukul lembut angin malam. Bintang juga banyak yang bertaburan, Ia setia bersama bulan membiaskan cahaya mereka. Angin pula nampak gembira dapat bermain bersama sama alam termasuk pokok ketapang itu dan juga pokok2 padi yang menjadi nadi petani2 cekal.

Hamba Allah itu adalah hanyalah seorang gadis biasa, namun sunyi yang menjengah hatinya sedikit luar biasa. Lalu dia berkata kepada Tunggul Kayu” Terima kasih sebab bg sy tumpang duduk kt sini. Dah hilang sikit penat kat hati sy ni”. Kepada Pokok Ketapang dia bercerita pula begini” Awak ni baik la, siang malam sudi teduhkan sy dan sejukkan mata, hati sy. Redup awak ni kan, selalu je redupkan jiwa bila sy rasa resah, rasa bercelaru”. Gadis itu sangat suka pada Bulan dan berkata padanya” Awak kalau boleh jangan pegi mana2 tau. Sy nak awk tolong suluh jalan2 dlm hidup sy bila sy dlm kegelapan supaya sy x sesat nanti. Boleh kan?” Bintang pada anggapan gadis itu adalah sahabat. Katanya,” Awak teman Bulan, jadi maknanya awk pon teman sy jugak la, mcm Bulan. Jadi sy jugak harap awak selalu ada dengan sy bila sy rasa perlukan awak”  Kepada Angin, gadis tu ada meluahkan sesuatu. ”Awak selalu la bertiup dekat sy ye. Rasa nyaman sikit. Dan, sambil2 tu, boleh x tolong tiup  kesedihan, keresahan, dan beberapa lagi benda yg buat sesak dlm hati sy ni jauh2?” Akhir sekali, dia berkata pada Padi di bendang,” Awak nampak  gembira sgt2 bila dpt bebas meliuk2kan badan awk dengan kawan2 awak tu. Boleh sy pinjam kejap rasa gembira tu? Lagi satu, awak baik dgn Angin kan, jadi sy pon nak baik jugak la dgn awak, Hurmm…awak sudi x jadi kawan saya?

Kenapa gadis tu mendekati alam bila dia bersendirian dan menceritakan segala yang terbuku di hatinya kepada alam??

Ini kerana dia tahu Allah SWT xkan biarkan hambaNya berasa keseorangan bila bersendirian dan kesunyian. Jadi Dia hantarkan alam yang keindahannya adalah ciptaan Dia pastinya. Untuk apa? Mesti lah untuk menemani jiwa2 yang sunyi  dan sendirian itu....Itu lah salah satu cara Allah SWT nk tunjukkan Dia selalu ada bsama hambaNya...
Dia x pernah pergi mana2 pun:)


No comments:

Post a Comment