CHAK IS MY NICKNAME

CHAK IS MY NICKNAME
I'm not afraid of growing slowly, yet i'm afraid only of standing still

16 Jun 2011

Antara Aku, kunang-kunang dan kelkatu..

Aku mungkin tak kisah kalau menjadi kelkatu..Ya, ak tidak akan secantik mana seperti kunang-kunang yang mampu menerbitkan sendiri cahaya dari badannya. Tapi kalau difikirkan, cantik pun buat apa, sebab hidup pun bukannya lama kat atas muka bumi ini. Kalau setakat nak meraih pujian dari manusia atas kecantikan yang dimiliki, kita bukannya dapat apa-apa pun kan, malah boleh menimbulkan riak, lagi dapat dosa. Nak jadi macam tu??.  Ada pula yang berfikiran macam ni, ”Tak salah kalau kita memuji keindahan ciptaan Tuhan”. Aku tidak mahu menidakkan perkara tu, namun sejujur dan seeloknya, adalah kita tepuk dada,tanya iman. Adakah dengan melafazkan pujian-pujian  itu dapat  mengingatkan kita kepada Allah SWT?. Nah, sekarang tanya iman masing-masing:)

Lagi satu sebab aku mungkin juga tak kisah kalau aku menjadi kelkatu. Kerana  dalam hidup aku nanti, aku akan hanya mencari cahaya. Dimana ada cahaya di situ aku akan tuju. Dengan adanya cahaya tu, aku tahu aku tidak akan sesat kerana aku tahu cahaya itu benar, yang membantu aku melihat alam ini. Aku tidak perlu menjadi kunang-kunang  yang bersepahan dalam gelap. Ia  hanya dapat dilihat apabila memancarkan cahaya dari badannya. Bagi aku, tidak perlu kita nak tonjolkan semua yang kita ada hanya kerana secebis perhatian. Cukuplah dengan berpegang kepada istilah ’’Tak apa, ak tahu Allah SWT lebih tahu’’.


adat kelkatu mencari cahaya


*kita renung- renungkan bersama:)

2 comments:

  1. assalam sahabatku syg~
    ser0nok3...teruskan...
    sbb bl0gging ni mcm nk luahkan apa y ada dlm diri kta...bukan la nk perhatian ke apa...
    i like3...alhmdulillah..keep it up~
    aku doakan k0... ^____________^

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah~~~~
    time kasih sahabat:):)

    ReplyDelete