CHAK IS MY NICKNAME

CHAK IS MY NICKNAME
I'm not afraid of growing slowly, yet i'm afraid only of standing still

16 Jun 2011

kita renungkan

Bismilahirrahmanirrahim..

*izinkan saya berkongsi rasa ini 
 
Hati manusia kini terasa kosong yang amat. Entah apa yang membuatnya kosong. Mungkin kerana iman yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan atau akidah yang sudah punah diratah kegilaan pada dunia sementara. Nipisnya iman,rapuhnya tembok akidah, diperkotak-katik iblis durjana yang telah bersumpah pada Tuhan-Nya akan menghasut setiap anak cucu Adam agar ingkar pada agama,pada Tuhan. Akan dibawanya manusia-manusia tersebut menemani mereka  di dalam neraka jahanam yang penuh seksa jutaan ganda segala seksa,sengsara di atas muka bumi ini.


Biarpun mereka tahu serta belajar mengenainya akan tetapi tiada singgah walau sekelumit rasa takut pada azab akhirat kerana telah lena dibuai nikmat dunia yang menjadi syurga ciptaan mereka sendiri.


Ingatlah, Allah mengurniakan nikmat terhadap makhluk-Nya bukan sahaja menjadi tanda kasih-Nya sebagai bukti Dia adalah Al Rahiim(Yang Maha Penyayang). Namun ia jua  sebagai ujian yang harus dijalani. Andai ada di antara kita yang tidak bersyukur malahan nikmat tersebut dibazirkan pada jalan yang salah, tidak mustahil akan ditarik kembali oleh Allah Al Wahhaab(Yang Maha Mengurnia) kerana hanya Dia yang berhak ke atas semuanya. Dan, kita perlu ingat, Allah itu jua Al 'Aliim(Yang Maha Mengetahui). Andai kita ingkar, Dia bakal ketahui. Andai kita kufur,Dia juga akan ketahui. Andai kita insaf dan ingin kembali bertaut pada tali Allah, Dia pastinya akan ketahui kerana Dia lah Al Ghaffar(Yang Maha Pengampun) dan hanya kepada-Nya, As Shomad(Yang Maha Diperlukan) kita berserah dan bertawakkal...

Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)
 
*peringatan bersama:) 







No comments:

Post a Comment